Untuk kali kedua, KTM mengadakan Promosi Tambang Murah 25% untuk perkhidmatan ETS dan juga Intercity bagi perjalanan bermula daripada 01 November 2018 hingga 31 Januari 2019.
Sebelum ini, KTM telah mengadakan Promosi Potongan 50% untuk ticket KTM ETS tetapi nampaknya KTM telah memanjangkan masa promosi ini.
Promosi Tambang Murah ini boleh digunakan bermula daripada 30 Oktober 2018 (Selasa) bagi pembelian di kaunter tiket ETS dan Intercity sahaja.
Syarat dan terma seperti berikut
- Kelayakan: Tiket Normal sahaja (Dewasa)
- Tidak layak untuk kanak-kanak dan lain-lain konsesi
- Cara pembelian: Kaunter Tiket ETS dan Intercity sahaja
- Tidak layak untuk pembelian online eticket dan MobTicket
Pastikan anda mengambil peluang ini untuk mengunakan perkhidmatan pengangkutan awam dengan harga yang lebih murah!