Berita yang baik untuk penumpang-penumpang KTM di mana KTM Berhad akan menawarkan Tambang Murah sebanyak 50% terhadap Tiket Perjalanan perkhidmatan ETS bagi perjalanan bermula daripada 01 November 2018 hingga 31 Disember 2018.
Terma dan Syarat:
- Hanya layak untuk perjalanan pada hari Isnin sehingga Khamis sahaja (Tidak termasuk cuti umum dan/atau cuti sekolah)
- Layak untuk penumpang dewasa sahaja (tidak layak untuk kanak kanak dan lain lain konsesi)
- Pembelian ticket dalam masa 24 jam sebelum waktu perjalanan
- Pindaan and pembatalan tiket tidak dibenarkan
- Jualan ticket tertakluk pada kekosongan semasa
- Perjalanan sehala sahaja
- Pembelian Ticket hanya boleh dibeli melalui kaunter ticket KTMB sahaja
Promosi Tambang Murah ini boleh digunakan bermula daripada 26 Oktober 2018 (Jumaat) bagi pembelian di kaunter tiket ETS sahaja.