Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Nak bagitau cerita baik untuk sekalian. Kalau anda mempunyai saman yang belum dibayar, anda kena tengok post ini!
Tiada masa yang lebih baik daripada sekarang untung membayar saman polis traffic. Kenapa? Kerana anda boleh mendapat potongan diskaun sehingga 50% untuk saman polis trafik
Ini adalah perhatian kepada warga Kuala Lumpur dan warga Malaysia di mana Kaunter Semakan dan Pembayaran Saman PDRM serta diskaun sehingga 50% akan dibuka sempena program
Ini merupakan Hari Bersama pelanggan JSPT Kuala Lumpur bersempena hari krismas. Maklumat selanjutnya adalah seperti berikut:
Tarikh: 17-20 Dis 2018
Masa: 8.30 pagi – 4.00 ptg (Isnin – Khamis)
Tempat : JSPT Kuala Lumpur, Balai Polis Trafik, Jalan Tun H S.Lee, 50000 Kuala Lumpur
Potongan Diskaun sehingga 50% untuk saman PDRM kecuali :-
- Saman Kemalangan
- Saman Berstatus NC (No Compound)
- Saman Dalam Perbicaraan (Mahkamah)
- Saman Op Selamat Tahun Semasa
- Saman Berkaitan Lori
Jangan ketinggalan dengan promosi ini daripada PDRM. Jom bayar saman!