Jika anda menpunyai saman yang masih belum dilangsingkan, berita ini pasti memuaskan anda. Anda boleh mendapat potongan sebanyak 50% untuk Saman PDRM.
Kaunter Semakan dan Pembayaran Saman PDRM Serta Diskaun 50% akan dibuka semasa PROGRAM HARI TERBUKA TMPOINT BUKIT RAJA seperti ketetapan berikut :-
- Tarikh : 07 & 08 Nov. 2018
- Masa : 9 pagi – 4 petang
- Lokasi : TMpoint Bukit Raja, Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor
Berita yang lebih baik adalah semua saman layak mendapat diskaun KECUALI seperti berikut :-
- Saman Kemalangan Tahun Semasa.
- Saman berstatus NC ( no compoundable).
- Saman Berstatus Waran Tahun Semasa.
- Saman Dalam Perbicaraan.
- Saman Op Selamat Tahun Semasa.
- Saman Berstatus Mahkamah dan Saman berkaitan Lori.
Jikalau anda ingin tahu tentang senaria harga, senarai kadar harga diskaun yang telah ditetapkan adalah seperti berikut di bawak :-
- RM 300.00 》 RM150.00
- RM 250.00 》 RM130.00
- RM 200.00 》 RM100.00
- RM 150.00 》 RM 80.00
- RM 130.00 》 RM 70.00
- RM 120.00 》 RM 60.00
- RM 110.00 》 RM 60.00
- RM 100.00 》 RM 50.00
- RM 80.00 》 RM 50.00
- RM 50.00 》 RM 50.00
- RM 40.00 》 RM 40.00
- RM 30.00 》 RM 30.00
PERINGATAN SAMAN – Saman juga tertakluk kepada Terma dan Syarat
Ansa disarankan untuk membuat semakan terlebih dahulu di mana-mana Balai Polis Trafik atau melalui medium internet dan sebagainya tentang butiran saman yang boleh mendapat diskaun seperti yang termaktub.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Facebook PDRM. Pastikan anda share dengan member member tentang Promosi Saman PDRM