Jika anda ingin mengetahui sama ada anda layak ataus tidak, Ini berita baik untuk anda, kerana andan boleh mengikuti langkah-langkah di bawah untuk memeriksa sama ada anda layak untuk subsidi ini. Bermula dari 15hb Oktober, pada dasarnya anda boleh menyemaknya secara online.
Inilah langkah-langkah bagaimana anda boleh menyemak kelayakan anda untuk subsidi petrol ini.
1. Akses kepada psp.kpdnhep.gov.my (Peringatan sekalipun anda mungkin mengalami kesusahan kerana kunjungan trafik yang tinggi ke laman web ini)
2.Setelah anda berjaya masuk laman web rasmi tersebut, masukkan no. MyKAD anda dan pastikan klik pada kotak “Saya Faham dan Bersetuju” dan klik pada “Semak”
3. Skrin seterusnya akan menunjukkan sama ada anda layak atau tidak untuk subsidi petrol4. Jika anda layak, anda boleh memilih sama ada untuk mengubah maklumat akaun bank anda dengan mengklik pada “Kemas Kini” dan ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat pembetulan informasi anda.
5. Jika anda fikir anda layak tetapi anda tidak disenaraikan, anda boleh membuat Rayuan sebagai langkah di bawah:
Semoga langkah-langkah ini dapat membantu anda dalam subsidi petrol yang diberikan oleh kerajaan. Sila berkongsi informasi yang berguna ini kepada sesiapa yang mengalami kesusahan tentang status mereka.